Thursday 25 September 2014


PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR IPT

ermm... saya bukanlah seorang yang expert dalam uruskan duit nie sebab saya juga seorang yang baru bergelar pelajar IPT... tapi saya rasa nak jugak kongsi dengan kawan-kawan bagaimana saya uruskan kewangan saya... ini kerana pengurusan kewangan sangat penting utk pelajar... 





pelajar ni...bile elaun masuk, belanja tak ingat dunia... dah akhir bln semua pokai makan mee segera jeee... aisshhhh... kesian pulak nengoknye... kot2 la perkongsian ni boleh bantu kan...




hidup saya di IPG ni hanya bergantung pada duit elaun tiap2 bulan sebab saya tak nak susahkan mak ayah dengan minta duit pada mereka... Insya Allah elaun tu cukup dah terlebih cukup untuk saya...


jom tengok cara saya uruskan kewangan :


1) BELI IKUT KEPERLUAN BUKAN KEHENDAK
Make sure kita beli benda yang penting dan perlu dulu.Kalau boleh cut off la bajet yang kurang penting macam tengok wayang ke, beli kasut ke baru sedangkan yang lama masih elok atau beli banyak baju atau tudung terutamanya perempuan. Seriously aku pun boleh jadi meroyan kalau tengok baju dan tudung cantik cantik yang dijual kat kedai atau sekarang banyak jual online. Boleh jadi sasau sebab asyik terkenang jer kalau tak beli tapi bila fikir balik kalau dah cukup buat apa nak penuhkan almari dengan kain baju lagipun kita kan masih belajar so nak melawa kena pikir dua tiga kali jugak kan. Macam aku kalau pakai baju cecantik hanya bila ada event tertentu je. Kalau nak pergi kelas biasanya aku pakai pakaian paling simple dan kemas. Ingat kita nak belajar bukan melawa.Tengok cikgu dah tegur dah..hehe

2) BANDINGKAN HARGA
Sangat sangat penting untuk bandingkan harga waktu membeli. Macam aku kalau nak beli mesti nak kena tunggu discount.haha.kalau ada discount kasut misalnya sampai 70% memang aku tak akan lepaskan peluang. Cuma kena belajar bersabarlah walaupun dalam wishlist tu kasut memang dan lama nak beli tapi tunggulah harga durian runtuh dan surveylah kedai yang ok. Dia punya nikmat berbaloi baloi tau.hehe. lagi satu tambahan pepandai la pujuk penjual tu minta krang harga kalau beli di kedai-kedai yang harganya tidak tetap. bermanis mulut sikit barulah penjual tu lembut hati... haha.. selalu buat ni...

3) ) JANGAN GUNA KAD KREDIT
Kajian yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 50% rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika kita memilki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibubapa, tanyalah diri sendiri: “Perlukah aku memiliki kad kredit?” Ingat! Jadilah pengguna kad kredit yang bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) yang perlu membayar hutangnya nanti!Guna je kad debit instead of kad kredit sebab kad debit kita spend base on duit yang ada pada current account tapi kad kredit adalah hutang!!

3) KAWAL BELANJA MAKAN
Makan sekadar untuk mengenyangkan diri dan mendapatkan tenaga sahaja. Jangan makan mengikut nafsu. makan berlebihan boleh menyebabkan penyakit kepada diri. Bile dah sakit sapa yang rugi?? diri sendiri jugak.. makan lah ikut sunnah Rasulullah, makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Ingatlah, segala penyakit bermula di perut... 

4) MENABUNG
Tetapkan jumlah wang yang ingin disimpan setiap hari dan jumlahnya tidak semestinya besar. RM 1 sehari pun sudah memadai hatta 50 sen. Pastikan kita menabung setiap hari dan konsisten. Jangan sesuka hati guna duit yang telah kita simpan itu. kalau tak sia-sia saja lah usaha kita sebelum ni.. duit tabungan ini Insya Allah dapat membantu kita pada masa terdesak nanti.

Okay.. rasanya ni saja.. tak banyak pun.. harap-harap sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan...  




No comments:

Post a Comment