Monday 20 October 2014

13 RUKUN SOLAT


berapa rukun solat???

RUKUN SOLAT ADA 13:
1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.
2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.
3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz . Boleh juga dengan lafaz  atau . Syarat-syarat takbir ialah :
  • Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
  • Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
  • Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
  • Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
  • Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
  • Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.
4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-syaratnya adalah:
  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
  • Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
  • Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
  • Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
  • Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.
5. Ruku‘, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.
6. I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.
7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:
  • Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
  • Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
  • Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
  • Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.
  • Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
  • Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
  • Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.

8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:

  • Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.
  • Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.
  • Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.
9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.
10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut:
Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:
  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.
  • Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
  • Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
  • Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).
  • Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.

11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya . Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah. Syarat-syarat bacaan salawat ialah:

  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah”  atau “An-Nabiy” .
  • Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
  • Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.
12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah:
  • Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam  iaitu , maka tidak boleh menggantikannya dengan tanwin .
  • Diucapkan dengan “kaf al-khitab”  bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua.
  • Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.
  • Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-jama‘”  yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak ramai.
  • Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.
  • Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.
  • Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
  • Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.
  • Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.
13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.

RENDANG TOK PERAK

Resepi Rendang Tok

Rendang Tok

Bahan:

- 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki)

- 3 liter santan

- 1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik) sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)

- 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam

- 3 batang serai (dititik)

- 1 batang kulit kayu manis

- 4 biji bunga lawang

- 10 biji bunga cengkih

- 1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka

- Garam secukup rasa

- Minyak untuk menumis

Bahan disangai (goreng tanpa minyak)


- 11/2 sudu makan jintan manis

- 1/2 sudu makan jintan putih

- 2 sudu makan biji ketumbar

Bahan kisar

- 20 biji cili kering (rendam dulu)

- 1 sudu teh lada hitam

- 10-15 biji bawang merah

- 1 labu bawang besar

- 5 ulas bawang putih

- 3 sm lengkuas

- 5 batang serai

- 5 sm halia

- 3 sm kunyit hidup

- Bahan yang disangai tadi

Caranya

- Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.

- Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu.

- Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.

- Masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dar kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. `tambah air jika perlu'

- Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.

TIP


- Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.

- Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.

Lelaki Islam yang Hebat

Kisah lelaki hebat Salahuddin Al-Ayubi adalah salah satu contoh kehebatan pahlawan Islam dalam menpertahankan agama tercinta. 

Mereka sanggup ke medan perang untuk gugur syahid. Dengan niat untuk melihat Islam terus berkembang dan tidak ditindas oleh agama lain.

Perjuangan pahlawan-pahlawan terdahulu perlu dijadikan iktibar buat kita hari ini dalam apa juga urusan, lebih-lebih lagi dalam urusan berkaitan agama Islam.

Pejuang Islam sejati, pahlawan gagah yang sungguh berani di medan perang. Aku pernah bercerita dalam artikel aku yang mengisahkan Salahuddin Al-Ayubi Perangi Syiah Sebelum Tawan Baitul Maqdis. Tapi kali ini aku mahu ceritakan lagi tentang kehebatan beliau

.
 ”Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”-Salahuddin Al-Ayubi

1. Salahuddin berasal dari keturunan Kurdis, beliau bukan berbangsa Arab, juga bukan berbangsa Palestin, tetapi beliau mengabiskan umur berjuang untuk merebut kembali Palestine dan Al-Aqsa dari pada cengkaman musuh Islam.

2. Sungguh hebat lelaki ini, Salahuddin telah berjaya menyatukan umat Islam yang pada masa itu telah berpecah belah, dengan bermacam-macam fahaman, mazhab, bangsa dan keturunan. 

Kejayaan besar Salahuddin juga adalah berjaya menyatukan 2 fahaman yang selalu berbalah, iaitu Sunni dan Syiah. Mereka telah lupakan semua perbezaan dan bersatu dibawah panji Islam, diketuai oleh Salahuddin. 

3. Salahuddin juga seorang lelaki yang sangat penyabar. Ada suatu ketika beliau pernah meminta air untuk diminum, tetapi tidak tahu mengapa air itu tidak diberikan juga kepada beliau. 

Beliau terpaksa meminta sehingga 5 kali dengan berkata " Aku hampir mati kehausan". Selepas itu barulah air diberikan kepadanya, tetapi Salahuddin lalu meminum air itu tanpa menunjukkan kemarahan.

4. Salahuddin juga seorang panglima perang yang hebat, kadangkala beliau sendiri akan pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama askar perisiknya. 

Ketika berperang, Salahuddin akan berada didepan dan akan pergi merempuh di celah-celah musuh yang sedang mara.

5. Salahuddin pernah diceritakan pergi merawat Richard the Lion, Raja England yang sedang sakit di perkhemahan tentera Kristian. Beliau sanggup menyamar, menyusup masuk ke kawasan musuh untuk merawat musuhnya sendiri.

6. Ada cerita lagi pasal. Salahuddin dan Richard the Lion. Pernah suatu ketika Salahuddin Al-Ayubi beradu kehebatan dengan Richard the lion. 

Al-kisahnya, Richard the lion dengan badan sasanya penuh tenaga menghunus pedang kearah sebiji batu besar, lalu batu itu terbelah. 

Apabila tiba giliran Salahuddin, beliau hanya mencampakkan sehelai kain sutera ke udara serta menhulurkan pedangnya. Lalu kain sutera itu jatuh dan hinggap diatas mata pedangnya, lalu terpotong dua kain itu dek kerana tajamnya mata pedang beliau.

7. Salahuddin Al-Ayubi dimedan perang cukup hebat, beliau sendiri akan bergerak dari satu hujung medan perang ke hujung yang lain hanya untuk mengingatkan para tenteranya agar benar-benar berniat berjihad dijalan ALLAH S.W.T.

8. Ketika kepungan ke atas Acre, Salahuddin hanya minum dan tidak makan setelah dipaksa oleh doktor peribadinya. Beliau hanya makan beberapa suap sahaja dari hari jumaat hingga isnin kerana tidak mahu fokusnya terhadap perang terganggu.

9. Ketika berjaya menawan Baitul Maqdis pada hari jumaat 27 Rajab 583H, dengan asakan yang hebat daripada tentera Islam akhirnya tentera Kristian mengalah. Pada mulanya tentera Kristian bimbang tentera islam akan menyiksa dan membunuh mereka.

Kerana semasa tentera Kristian menawan Baitul Maqdis dulu ramai orang Islam dibunuh. Namum Salahuddin memberi jaminan tiada orang yang akn dibunuh. Lalu membuatkan ramai orang Kristian memeluk Islam.


Biodata

Nama : Salahuddin Al-Ayubi

Lahir Pada : 532 Hijrah (1138 masihi)

Tempat lahir : Kota Tarkit ( bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad.)

Meninggal Dunia : 27 Safar 589 Hijrah (1193 masihi) 

AS-SIDDIQ


SAHABAT RASULULLAH, Abu Bakar As-Siddiq ( yang membenarkan )

Abu Bakar As-Sidiq adalah orang yang paling awal memeluk agama Islam (assabiqunal awwalun), sahabat Rasullullah Saw., dan juga khalifah pertama yang dibaiat (ditunjuk) oleh umat Islam. Beliau lahir bersamaan dengan tahun kelahiran Nabi Muhammad Saw. pada 572 Masehi di Mekah, berasal dari keturunan Bani Taim, suku Quraisy. Nama aslinya adalah Abdullah ibni Abi Quhaafah.

Berdasarkan beberapa sejarawan Islam, ia adalah seorang pedagang, hakim dengan kedudukan tinggi, seorang yang terpelajar serta dipercayai sebagai orang yang bisa menafsirkan mimpi. Berdasarkan keadaan saat itu dimana kepercayaan yang diajarkan Nabi Muhammad SAW lebih banyak menarik minat anak-anak muda, orang miskin, kaum marjinal dan para budak, sulit diterima bahwa Abu Bakar justru termasuk dalam mereka yang memeluk Islam dalam periode awal dan juga berhasil mengajak penduduk mekkah dan kaum Quraish lainnya mengikutinya (memeluk Islam).


Abu Bakar berarti ‘ayah si gadis’, yaitu ayah dari Aisyah istri Nabi Muhammad SAW. Namanya yang sebenarnya adalah Abdul Ka’bah (artinya ‘hamba Ka’bah’), yang kemudian diubah oleh Rasulullah menjadi Abdullah (artinya ‘hamba Allah’). Sumber lain menyebutkan namanya adalah Abdullah bin Abu Quhafah (Abu Quhafah adalah kunya atau nama panggilan ayahnya). Gelar As-Sidiq (yang dipercaya) diberikan Nabi Muhammad SAW sehingga ia lebih dikenal dengan nama Abu Bakar ash-Shiddiq. Sebagaimana orang-orang yang pertama masuk Islam, cobaan yang diderita Abu Bakar As-Sidiq cukup banyak. Namun ia senantiasa tetap setia menemani Nabi dan bersama beliau menjadi satu-satunya teman hijrah ke Madinah pada 622 Masehi.


Menjelang wafatnya Rasullullah, Abu Bakar ditunjuk sebagai imam shalat menggantikannya. Hal ini diindikasikan bahwa Abu Bakar kelak akan menggantikan posisi Nabi memimpin umat. Setelah wafatnya Rasullullah, maka melalui musyawarah antara kaum Muhajirin dan Anshar memilih Abu Bakar sebagai khalifah pertama, memulai era Khulafaur Rasyidin. Meski ditentang oleh sebagian muslim Syiah karena menurut mereka Nabi pernah memilih Ali bin Abi Thalib sebagai penggantinya, namun Ali bin Abi Thalib menyatakan setia dan mendukung Abu Bakar sebagai khalifah.

Segera setelah menjadi khalifah, urusan Abu Bakar banyak disibukkan oleh pemadaman pemberontakan dan pelurusan akidah masyarakat yang melenceng setelah meninggalnya Nabi. Beliau memerangi Musailamah Al-Kazab (Musailamah si pembohong), yang mengklaim dirinya sebagai nabi baru menggantikan Nabi Muhammad Saw, dan juga memungut zakat kepada suku-suku yang tidak mau membayarnya setelah meninggalnya Nabi Muhammad Saw. Mereka beranggapan bahwa zakat adalah suatu bentuk upeti terhadap Rasullullah. Setelah usainya pemberontakan dan berbagai masalah internal, beliau melanjutkan misi Nabi Muhammad menyiarkan syiar Islam ke seluruh dunia. Abu Bakar mengutus orang-orang kepercayaannya ke Bizantium dan Sassanid sebagai misi menyebarkan agama Islam. Khalid bin Walid juga sukses menaklukkan Irak dan Suriah dengan mudah.

Beliau menjadi khalifah dalam jangka waktu 2 tahun. Abu Bakar meninggal pada tanggal 23 Agustus 634 di Madinah. Beliau dimakamkan di samping makam Rasullullah Saw. Selanjutnya posisi khalifah digantikan oleh Umar bin Khatab.

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Sejarah Islam : Sultan Muhammad Al-Fateh



Hadis Mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:
"... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera ..." 

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?

Biodata Ringkas

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

Keperibadian

Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.

Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel

Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.